Tips Lelong




Memenangi bidaan anda pada harga rendah dengan tips berikut:

Langkah 1:
• Adakan lawatan atau pemeriksaan pada lokasi hartanah
• Periksa bebanan
• Periksa segala tunggakan yang ada (api, air, maintenance, cukai2)
• Dapatkan penilai hartanah bagi menentukan nilai sebenar hartanah dan
  bandingkan dengan harga lelongan


Langkah 2: Persediaan Diri untuk Lelongan
• Urus kewangan anda (termasuk persediaan dokumen untuk urusan loan nanti)
• Setkan nilai maksimum yang anda nak bida
• Bawa duit lebih bersama semasa lelongan


Langkah 3: Biasakan diri Dengan Prosedur Lelongan
• Fikir dua kali dan biasakan diri dengan lelongan sebelum angkat tangan untuk lelongan
• Bercakap dengan agen, cakap dengan kawan2, tanya lawyer dengan penilai


Step 4: Prosedur dan Proses Bidaan
• Daftar dengan ejen untuk Pengisytiharan Jualan dan Syarat2 Jualan
• Pastikan dengan ejen yang hartanah tersebut masih lagi tersedia untuk lelongan
• Bersiap sedia untuk hartanah yang akan digugurkan pada saat akhir
• Daftar nama anda dan sediakan bank draf  5% atau 10% daripada reserved price


Step 5: Mula membida (permainan bermula)
• Tiba 30 minit lebih awal untuk bersedia dengan pertarungan
• Jangan terpengaruh dengan orang lain
• Fokus dan jelas dengan matlamat anda
• Jelas dengan objektif anda untuk memenangi hartanah yang anda sasarkan
• Jelas dengan kemampuan anda
• Dengar betul2 tentang terma dan syarat (mereka mungkin mengubahnya)


Mulakan bidaan jika hartanah anda mula dilelongkan. Ingat kemampuan anda. Berhenti bila harga melebihi kemampuan anda.
Ingat.... Masih banyak lagi lelongan yang akan berlaku pada masa akan datang


Step 6: Menang atau Kalah

Tahniah jika anda menang bidaan
• Anda diminta untuk menandatangani memorandum di bahagian bawah Pengisytiharan Jualan (atau Kontrak Jualan)
• Bayar baki 5% atau 10% jika harga melebihi reserved price tadi

Jangan kecewa jika gagal:
• Masih banyak lagi hartanah yang masih ada di luar sana. Hanya tunggu peluang anda sahaja
• Jangan lupa ambil balik deposit anda yang 5% atau 10% tadi...Tak burn pun bila kalah


Jika masih tak faham, hubungi saya
Penasihat Lelongan Anda